Thursday 1 May 2014

Apakah MAL/NOT/KKM



Assalamualaikum.. dan Selamat Malam..
Hi korang.. Baru ni Sue ada citer tentang Kehalalan Shaklee kan.. Kali ni Sue nak bgtau apakah itu No MAL/NOT/KKM pada setiap produk 



 





Korang tahu tak setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan persedian tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.

No pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.

Untuk produk farmaseutikal, suplemen kesihatan dan persediaan tradisional no pendaftaran akan dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan lapan angka, dan diakhiri dengan huruf seperti 'A', 'T' atau 'X', sebagai contoh MAL20021234X.

Bagi produk kosmetik pula, nombor notifikasi diberikan dalam bentuk 'NOT', diikuti dengan sembilan angka dan diakhiri dengan huruf 'K', sebagai contoh NOT011023871K.
 
Untuk makluman, produk yang berdaftar atau bernotifikasi dengan PBKD tidak menggunakan huruf 'KKM' dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.

Faham tak maksudnya.. Jadi jika produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan,  persediaan tradisional dan kosmetik ada No MAL maka produk - produk tersebut adalah selamat digunakan dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan bahan-bahan dan dadah yang terlarang.

Untuk memastikan pengguna, selamat Shaklee telah mendaftarkan produk-produknya untuk mendapat dan mengesahkan produk-produk yang digunakan adalah selamat dari dadah dan bahan-bahan terlarang.

Korang boleh periksa terdapat 1sticker hologram dan terdapat no pendaftaran MAL pada setiap botol Shaklee.

Jadi apa yang anda takutkan lagi.. Shaklee adalah SELAMAT DIGUNAKAN..



** Sumber dari 
http://miazaidi.blogspot.com/2013/04/ketahui-istilah-mal-not-kkm-pada-no.html
website Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)




Hubungi Saya : 

Pn. Sue Esa 012 - 415 2251 (sms/whatsapp) 
natural.healthy.life.me@gmail.com 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. NOT011023871K - K itu apa? Kosmetik? Kalau macam T = Traditional Medicine

    ReplyDelete